Kamis, 12 Juni 2014

sejarah singkat fotografi

Fotografi ialah lukisan melalui cahaya. Tanpa cahaya seni foto ini tidak akan berfungsi. Istilah Photography dicipta pada tahun 1839. Ketika teknologi seni foto terus berkembang bersama dengan kemajuan manusia, ilmu sangat penting bagi menjamin mutu kerja seorang seniman foto (Photografer).
Dalam buku The History of Photography karya Alma Davenport, terbitan University of New Mexico Press tahun 1991, disebutkan bahwa pada abad ke-5 Sebelum Masehi (SM), seorang pria bernama Mo Ti sudah mengamati sebuah gejala. Apabila pada dinding ruangan yang gelap terdapat lubang kecil (pinhole), maka di bagian dalam ruang itu akan terefleksikan pemandangan di luar ruang secara terbalik lewat lubang tadi. Mo Ti adalah orang pertama yang menyadari fenomena camera obscura. kamera mulai diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merekam gambar (potrait) sekitar abad 17 dan 18. Justru itu mereka telah mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merekam gambar.
Dengan munculnya kehadiran kamera ke permukaan bumi, lalu timbullah pertanyaan, Siapakah yang mencipta kamera? Sebenarnya, penciptaan kamera tidak dilakukan oleh seorang individu sahaja. Proses penciptaan kamera ini berlaku secara beransur-ansur selama ratusan tahun melibatkan berbagai pengetahuan dalam ilmu fizik, kimia dan optik.
                Manusia telah lama mengetahui prinsip asas berkaitan fotografi, iaitu sekitar tahun 300 sebelum masihi dimana Aristotle (ahli falsafah Greek) telah menulis mengenai fenomena pembentukan imej yang merupakan asas kepada fungsi sebuah kamera. Pada sekitar abad yang sama, Mo Ti (ahli falsafah Cina) telah mencipta sebuah alat yang berfungsi sebagai sebuah kamera yang ringkas. Tetapi, kamera ini tidak boleh merakam gambar.
                Seorang lagi tokoh penting yang menyumbang ke arah penciptaan kamera ialah Ibn Al-Haytham (Dunia Barat mengenalinya sebagai Alhazen). Beliau adalah seorang saintis muslim yang dianggap sebagai Bapa Optik Moden dan jasanya diiktiraf oleh sarjana Barat. Pada sekitar tahun 1000 masehi, Ibn Al-Haytham telah membina camera obscura dan telah menerangkan secara saintifik mengenai camera obscura, sifat cahaya dan beberapa perkara mengenai optik. Hasil kajian dan penemuan oleh Ibn Al-Haytham dikembangkan lagi oleh saintis barat selepas itu.
                Pada zaman awal ini, kamera yang dicipta tidak boleh digunakan untuk merakam imej secara kekal. Kamera yang dikenali sebagai camera obscura ini cuma boleh memaparkan imej yang hanya boleh dilihat sahaja. Selepas beberapa lama, kamera ini diperbaiki lagi lalu membolehkan imej yang dilihat itu boleh ditekap bagi dijadikan lukisan.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar